Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata mereka yang cedera ialah pemandu dan kelindan bas serta pekerja penyelenggaraan jalan.
Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.27 petang dan pasukan daripada Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Malim serta Slim River dikerahkan ke lokasi kejadian.
“Kemalangan melibatkan bas penumpang membawa 24 pekerja warga asing dan lori penyelenggaraan jalan.
“Dua mangsa telah dibawa ke hospital oleh orang awam manakala seorang lagi dihantar Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) ke Hospital Slim River,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata semua penumpang bas termasuk seorang lagi kelindan dan pemandu lori serta kelindannya tidak cedera dalam kejadian itu. – BERNAMA