KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Rakyat hari ini dipertontonkan klip video berdurasi kira-kira 30 saat berhubung jenayah-jenayah yang diperlakukan dalam Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Siafuddin Nasution Ismail berkata, video berkenaan adalah kesan daripada jenayah yang memerlukan polis untuk menguatkuasakan peruntukan di bawah akta tersebut.
“Menurut gambar statiknya lebih kejam, dikapak, diparang di kepala dan lengan, perut terburai, otak bersepai dan macam-macam lagi.
“Itu semua kita akan paparkan kepada Ahli-ahli Parlimen bagi memahami persekptif bahawa dalam banyak undang-undang yang ada di negara ini ada satu sudut pandangan pasukan penguatkuasa di mana mereka merasakan bahawa ada keperluan untuk peruntukan ini digunapakai,” katananya di Dewan Rakyat.
Semua Ahli-ahli Parlimen yang hadir dipertontonkan klip video bersama Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.
Sementara itu, Johari mengarahkan klip video itu ditayangkan di hadapan Ahli Parlimen sahaja dan tidak boleh ditayangkan di luar Dewan Rakyat.
“Saya tidak dibenarkan video ini disebarkan diluar, ia hanya untuk tontonan Ahli Parlimen sahaja,” kata Johari.
Minggu lalu, mesyuarat Kabinet bersetuju agar Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) diteliti dan disemak. – MalaysiaGazette