Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan yang juga Ahli Parlimen Kota Raja, Datuk Seri Mohamad Sabu berucap pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-15 di Dewan Rakyat, Parlimen. Foto JABATAN PENERANGAN MALAYSIA, 21 OKTOBER 2024.

KUALA LUMPUR – Kajian mengenai industri padi dan beras di negara ini hanya boleh didedahkan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC).

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).nya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, MyCC telah menyelesaikan kajian tersebut dengan meneliti aspek pengeluaran, tetapi juga tadbir urus industri padi dan beras negara bagi mengenal pasti sekiranya wujud tindakan tidak adil atau monopoli dalam pasaran.

“Hasil kajian ini telah dibentangkan kepada Jawatankuasa Kabinet Mengenai Dasar Keterjaminan Makanan Negara (JKKMN) pada 17 Disember 2024, dalam mesyuarat yang dipengerusikan sendiri oleh Perdana Menteri.

“Saya ingin maklumkan  laporan MyCC ini adalah hak milik MyCC. Oleh itu, sebarang pendedahan kepada umum tertakluk kepada bidang kuasa MyCC sendiri,” katanya di Dewan Rakyat.

Mohamad berkata demikian ketika sesi penggulungan Usul Menjunjung Kasih Atas Titah Diraja bagi Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) di Dewan Rakyat, hari ini.

Sebelum ini, KPKM berkata, kajian am ini bertujuan untuk mendalami rantaian bekalan serta cabaran yang dihadapi oleh setiap pemain industri merangkumi pesawah, pengilang, pemborong, pembekal baja dan racun dan lain-lain pihak yang relevan.

Dalam sidang sama, Mohamad berkata, sasaran pengeluaran 24 juta kampit mengandungi 10 kilogram beras putih tempatan (BPT) bagi menampung permintaan selain mengekalkan harganya pada kadar RM2.60 sekilogram juga didapati tidak akan dapat memenuhi permintaan pasaran.

“Memang sikit pengeluaran (sasaran 24 juta kampit BPT) tapi penggunaan lebih banyak sebab itu ada beras import dan ada beras tempatan,” katanya.

Mohamad menjawab pertanyaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin yang bertanyakan sama ada sasaran itu akan mencukupi atau tidak.

“Ini sikit sangat 240 juta kampit beras,” katanya mencelah.

Minggu lalu, Mohamad berkata kerajaan meluluskan peruntukan RM150 juta untuk memastikan bekalan beras putih tempatan mencukupi di pasaran.

Mohamad berkata, peruntukan itu digunakan untuk menstabilkan bekalan dengan sasaran pengeluaran 24 juta kampit mengandungi 10kg BPT bagi menampung permintaan selain mengekalkan harganya pada kadar RM2.60 sekilogram.

Menurutnya, kerajaan akan melihat perkembangan pelaksanaan inisiatif itu dalam tempoh enam bulan sebelum memutuskan langkah seterusnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here