KUALA LUMPUR – Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), mengadakan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan Islamic Banking And Finance Institute Malaysia (IBFIM) untuk memperkukuhkan kerjasama strategik dalam bidang penyelidikan, pendidikan, latihan dan pembangunan kefahaman Islam.
MOU yang dimeterai ini akan mengukuhkan lagi kerjasama dalam beberapa bidang, termasuk penyelidikan ilmiah, pembangunan pendidikan Islam, kewangan Islam, serta program latihan yang bertujuan meningkatkan pengetahuan dan pemahaman masyarakat tentang prinsip-prinsip Islam yang relevan dalam konteks moden.
Kerjasama ini juga memberi peluang kepada IKIM dan rakan-rakan strategik iaitu UPSI, IBFIM dan UTHM untuk membangunkan platform pendidikan yang lebih holistik, yang tidak hanya mengutamakan aspek akademik, tetapi juga menyediakan program yang memberi kesan langsung kepada masyarakat.
Penyelidikan dan program-program latihan bersama yang dijalankan dapat menyumbang kepada pembinaan modal insan yang berkualiti dan berdaya saing di peringkat global. – MalaysiaGazette