Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi jaminan semua mangsa banjir yang berpindah atau berdaftar di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di seluruh negara akan menerima Bantuan Wang Ihsan (BWI) sebanyak RM1,000 dalam masa terdekat.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ini kerana bantuan kewangan itu telah disalurkan menerusi pihak bertanggungjawab di peringkat negeri dan daerah.

“Terdapat kira-kira 223,000 mangsa banjir apabila monsun timur laut berlaku, baru-baru ini.

“Mereka ini telah disantuni dengan sebaik-baiknya dan jika ada pun bantuan-bantuan yang belum sampai, kami ingin memberitahu ia telah diberikan kepada peringkat negeri, kemudian diserahkan ke peringkat daerah.

“Mana-mana mangsa yang belum memperolehinya, Insya-Allah dalam waktu terdekat kita akan bantu.

“Bagi mereka yang tidak dapat menginap di PPS akibat kapasiti penuh, pendaftaran tetap perlu dilakukan bagi memastikan mereka tidak tercicir dalam pemberian bantuan,” katanya ketika menggulung Usul Menjunjung Kasih Atas Titah Diraja di Dewan Rakyat, hari ini.

Selain itu, Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu berkata, kerajaan sedia menggerakkan jentera untuk membina jambatan Balley bagi mana-mana jalan mahupun jambatan yang rosak akibat banjir.

“Kita bekerjasama antara JKR, pihak berkuasa negeri dan Kor Jurutera Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan menggunakan Jambatan Bailey telah dilaksanakan sepenuhnya.

“Ini kerana kami mempunyai stok yang cukup untuk melaksanakannya,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here