Mohd Puad Zakarshi

KUALA LUMPUR – Perbicaraan kes titah adendum membuktikan adalah sukar untuk mencari pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat sivil yang tulen bebas, konsisten serta tidak memihak dalam soal keadilan.

Ahli Majlis Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, ia selepas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak cekal bersendirian meneruskan perjuangan untuk membuktikan beliau sememangnya tidak diberikan perbicaraan yang adil.

“Mahkamah Rayuan memutuskan titah adendum wujud dan legalitinya akan diputuskan oleh Mahkamah Tinggi di mana pengurusan kes dibuat pada 11 Maç 2025 nanti.

“Tetapi Najib tidak berhenti setakat itu sahaja. Dia akan memohon prosiding menghina mahkamah terhadap Dato Territudi (Tan Sri Terrirudin Ahmad) bekas Peguam Negara.

“Akhirnya individu yang cekal seperti Najib sahaja yang boleh diharapkan untuk membongkar hipokrasi. Bukan Majlis Peguam,” katanya menerusi catatan di laman sosial Facebook beliau hari ini.

Media pada 2023 melaporkan, Hakim Besar Sabah, Sarawak, Datuk Abdul Rahman Sebli yang mengetuai panel hakim mendengar semakan kes sabitan salah dan hukuman terhadap Najib berpendapat bekas Perdana Menteri itu tidak mendapat pengadilan sewajarnya dalam prosiding terdahulu.

Abdul Rahman merupakan hakim tunggal menentang keputusan empat lagi panel hakim yang menolak permohonan Najib bagi menyemak semula keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung rayuan akhir kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn. Bhd..

Sementara itu, Mahkamah Tinggi sebelum ini turut menetapkan pengurusan kes permohonan semakan kehakiman Najib secara dalam talian (eReview) dibuat pada 11 Mac depan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here