Gambar hiasan

MANILA – Pihak berkuasa di salah satu pusat bandar paling padat penduduk di Filipina menawarkan ganjaran wang tunai untuk nyamuk dalam usaha untuk menghentikan penyebaran denggi.

Ketua Kampung Barangay Addition Hills di tengah Manila, Carlito Cernal mengumumkan pemberian satu peso (RM0.07) untuk  lima ekor nyamuk.

Walaupun berita ganjaran itu telah menimbulkan cemuhan di media sosial, Cernal mempertahankannya sebagai satu keperluan untuk kesihatan masyarakat.

Langkah itu susulan peningkatan kes denggi di Filipina baru-baru ini.

Program yang akan berlangsung sekurang-kurangnya sebulan selepas dua pelajar di kawasan kejiranan kampung tersebut meninggal dunia akibat denggi.

Ganjaran itu terpakai untuk semua jenis semua nyamuk – mati atau hidup – dan larvanya, tambah Cernal.

Seramai 21 orang yang menangkap 700 ekor nyamuk telah pun menuntut ganjaran mereka.

Jabatan Kesihatan Filipina (DOH) memberitahu, ia “menghargai niat baik eksekutif kerajaan tempatan untuk memerangi denggi”, bagaimanapun enggan mengulas apabila ditanya sama ada menangkap nyamuk sebagai pertukaran wang tunai adalah cara berkesan untuk menghentikan denggi.

Cernal berkata, beliau mengumumkan inisiatif itu kerana kawasan kampungnya salah satu kawasan yang terbesar dan paling padat dan telah merekodkan 44 kes denggi dalam kes jangkitan terbaharu.

Barangay Addition Hills menempatkan hampir 70,000 orang, bersesak-sesak di kawasan seluas 162 hektar di tengah-tengah ibu kota, Metro Manila.

Pihak berkuasa Filipina baru-baru ini memaklumkan peningkatan kes denggi di seluruh negara dengan merekodkan 28,234 kes pada 1 Februari, melonjak 40% daripada tahun sebelumnya akibat musim hujan.

Selain denggi, hujan juga telah mencetuskan lonjakan penyakit seperti influenza dan kes leptospirosis, penyakit bawaan tikus yang dihidapi orang ramai apabila mengharungi air banjir. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here