Sandeep dikhuatiri lemas selepas terjatuh dalam laut pada kedudukan 1.4 batu nautika tenggara Tanjung Bin, Pontian, kelmarin.

PONTIAN – Seorang kru kapal warganegara India dikhuatiri lemas selepas terjatuh dalam laut pada kedudukan 1.4 batu nautika tenggara Tanjung Bin, dekat sini, kelmarin.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Johor melalui Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru telah mengaktifkan Operasi Mencari dan Menyelamat (Op Carilamat).

Pemangku Pengarah Maritim Negeri Johor, Kepten Maritim Kama Azri Kamil berkata, kejadian dipercayai berlaku sewaktu kapal dagang tersebut berlepas dari Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) menuju ke Singapura pada hari kejadian.

“Mangsa dikenali sebagai Sandeep, 36, warganegara India, kali terakhir dilihat pada pukul 7.30 petang hari tersebut dengan berpakaian Orange Boilet Suit. Kapal berkenaan berdaftar dari Marshall Islands.

“Op Carilamat ditumpukan di sekitar perairan Tanjung Bin dengan kekuatan 44 pegawai dan anggota dengan lima aset laut dan lima aset darat milik Maritim Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Pontian, Pasukan Polis Marin (PPM), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Bot Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, pihak Maritime Rescue Coordination Centre (MRCC) Putrajaya juga telah berhubung dengan Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (Basarnas) Indonesia serta pihak berkuasa Singapura sekiranya mangsa dijumpai di sekitar perairan negara jiran. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here