Tanah runtuh Taman Bunga Raya MB Perak Tapah Saarani
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani meninjau lokasi tanah runtuh di Taman Bukit Raya, Tapah. Foto PEJABAT MB PERAK.
IPOH – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad telah mengarahkan sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan bagi memastikan lokasi tanah runtuh di Taman Bunga Raya, di Tapah selamat diduduki secepat mungkin.

Saarani berkata, ia selepas berlakunya tanah runtuh di kawasan kediaman berkenaan yang turut menyebabkan paip air mentah milik Lembaga Air Perak (LAP) bocor hingga menyebabkan gangguan bekalan air di Daerah Batang Padang dan Hilir Perak sebelum ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan itu, memaklumkan arahan telah diberikan kepada Pegawai Daerah untuk menubuhkan jawatankuasa khas berkenaan bersama pihak berkuasa tempatan, jabatan teknikal serta agensi berkaitan.

“Turun melihat sendiri lokasi tanah runtuh di Taman Bunga Raya, Tapah yang mengakibatkan paip air mentah milik LAP bocor dan rakyat terputus bekalan air baru-baru ini.

“Syukur Alhamdulillah, kerja-kerja pembaikan paip telah pun dilakukan dan isu gangguan bekalan air di kawasan Batang Padang serta Hilir Perak telah kembali pulih sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook miliknya.

Saarani berkata, kerajaan negeri memahami kegusaran penduduk Taman Bunga Raya selain memberi tumpuan kepada isu utama iaitu soal keselamatan penghuni taman berkenaan.

“Kerajaan negeri juga akan terus bekerjasama dengan jabatan dan agensi terlibat bagi memastikan langkah-langkah pencegahan dan pemulihan dilaksanakan dengan segera.

“Dalam masa yang sama, kita akan berikhtiar dan mencari jalan bagaimana untuk meringankan beban penduduk yang terkesan.

“Semoga urusan penduduk di Taman Bunga Raya ini dipermudah. Insha-Allah,” katanya.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here