KUALA LUMPUR- Mejar Mohd Zainudin Ishak yang dilaporkan hilang sejak malam Ahad lalu ditemui di sebuah masjid di Karak, Pahang.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail yang mengesahkan perkara itu berkata, pegawai tentera itu ditemui oleh pihak Angkatan Tentera Malaysia.
Katanya, pihak polis akan mengeluarkan kenyataan lanjut berhubung perkara tersebut dalam masa terdekat.
Terdahulu MalaysiaGazette melaporkan, seorang pegawai tentera, Mejar Mohd Zainuddin Ishak yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah keluarganya, malam Ahad lalu.
Menurut perkongsian pemilik Facebook Abu Mikhail Mohd Fauzi, Mohd Zainuddin yang juga abang iparnya kali terakhir dilihat menaiki sebuah Perodua Ativa dengan nombor pendaftaran, VGU 3986 pada 7 malam.
Perkara itu turut disahkan pihak polis yang menerima laporan berhubung kehilangan lelaki berkenaan.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail, berkata pihaknya menerima laporan mengenai perkara itu daripada seorang pegawai Kem Wardieburn pada jam 7.08 malam kelmarin di Balai Polis Jalan Tun Razak.- MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN