Pemilik Kong Ngai Photo Service, Chee Kin Cheong, 84, masih menawarkan perkhidmatan membaiki kamera analog menggunakan filem sejak hampir tujuh dekad di Jalan Raja Musa Aziz, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 19 FEBRUARI 2025.

Di celah-celah deretan kedai di Jalan Raja Musa Aziz, Ipoh, masih ada yang menawarkan perkhidmatan membaiki kamera analog menggunakan filem sejak hampir tujuh dekad.

Chee Kin Cheong, 84, masih setia mengusahakan perniagaan itu di Kong Ngai Photo Service walaupun perkembangan dunia fotografi masa kini telah beralih ke teknologi digital.

Anak jati Ipoh itu berkata, dia mempelajari seni fotografi dan membaiki kamera di Singapura ketika berusia 18 tahun, sebelum kembali ke tanah air untuk meneruskan cita-citanya dalam dunia merakam gambar.

Bapa kepada empat anak itu memberitahu, walaupun kamera digital lebih terkehadapan namun, kamera analog masih mempunyai nilai estetika tersendiri yang terlahir tanpa memerlukan teknologi canggih.

Antara koleksi jenama kamera analog yang masih disimpan mahupun dihantar pelanggan ke kedainya untuk dibaiki adalah Nikon, Olympus, Yashica, Canon, Minolta, serta Rolleiflex.

Walau bagaimanapun dia mengakui, mendapatkan alat ganti merupakan antara cabaran yang dihadapinya dalam meneruskan perniagaan membaiki kamera analog.

Biarpun perusahaan tidak serancak dahulu, namun beliau masih menerima kunjungan pelanggan termasuk dari luar negara, seperti Amerika Syarikat, Jepun, Korea, China, Perancis, dan Jerman.

Meskipun usianya semakin lanjut, namun katanya cinta terhadap dunia fotografi menjadi pendorong untuk dia terus bertahan buat pemburu fotografi kamera analog bak jauhari mengenal manikam.

Pemilik Kong Ngai Photo Service, Chee Kin Cheong, 84, masih menawarkan perkhidmatan membaiki kamera analog menggunakan filem sejak hampir tujuh dekad di Jalan Raja Musa Aziz, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 19 FEBRUARI 2025.
Pemilik Kong Ngai Photo Service, Chee Kin Cheong, 84, membaiki kamera analog filem pelanggannya di Jalan Raja Musa Aziz, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 19 FEBRUARI 2025.

Pemilik Kong Ngai Photo Service, Chee Kin Cheong, 84, menunjukkan antara filem yang masih dijualnya di Jalan Raja Musa Aziz, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 19 FEBRUARI 2025.
Kamera analog buatan Jerman berusia hampir 80 tahun ini antara menjadi koleksi simpanan pemilik Kong Ngai Photo Service, Chee Kin Cheong, 84, di Jalan Raja Musa Aziz, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 19 FEBRUARI 2025.
Pemilik Kong Ngai Photo Service, Chee Kin Cheong, 84, masih menawarkan perkhidmatan membaiki kamera analog menggunakan filem sejak hampir tujuh dekad di Jalan Raja Musa Aziz, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 19 FEBRUARI 2025.
Antara kamera analog menggunakan filem pelbagai jenama yang dijual pemilik Kong Ngai Photo Service, Chee Kin Cheong, 84, di Jalan Raja Musa Aziz, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 18 FEBRUARI 2025.
Pemilik Kong Ngai Photo Service, Chee Kin Cheong, 84, masih menawarkan perkhidmatan membaiki kamera analog menggunakan filem sejak hampir tujuh dekad di Jalan Raja Musa Aziz, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 19 FEBRUARI 2025.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here