Abdullah Mohd Yusof
Pilu… Air Mata Isteri Amirul Hafiz Bersama 3 Anak
Isteri Allahyarham Amirul Hafiz Omar, Nor Nadia Abdul Majid, 32, bersama tiga anaknya, Muhammad Aqif Amsyar, 9, Muhammad Afif Izz Rayqal, 7 dan Nur Humaira, 2, menunjukkan gambar mereka sekeluarga selepas suaminya maut dalam kemalangan motosikal melibatkan pemandu mabuk ketika ditemui di kediaman keluarga arwah di Kampung Repoh di Batu Kurau, Larut. Foto ABDULLAH YUSOF 30 MAC 2026.
Sambutan Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri Perak 2026
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri Perak Tahun 2026, turut sama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Stadium Indera Mulia, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF 14 FEBRUARI 2026.
Anwar Lancar Dasar Kasih Keluarga Negara
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluncurkan Dasar Kasih Keluarga Negara (DKKN) pada Jelajah Sejahtera Madani-Skim Insurans Kesejahteraan Rakyat (SIKR) diiringi Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri di ILKKM Sultan Azlan Shah, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 14 FEBRUARI 2026.
Suasana Lelongan Barangan Milik Vida
Suasana sekitar lelongan barangan milik usahawan Datuk Seri Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman yang disita mahkamah sebelum ini berjaya dilelong dengan nilai RM1 juta kepada seorang pembida di kediaman beliau di Meru Heights, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 30 OKTOBER 2025.
Karnival Sukan Bendang Komuniti Perak Sejahtera 2030
Penduduk setempat menyertai pertandingan acara pukul bantal pada Karnival Sukan Bendang Komuniti Perak Sejahtera 2030 Daerah Hilir Perak Tahun 2025 di Sekolah Kebangsaan Permatang, Sungai Manik, Teluk Intan. Foto ABDULLAH YUSOF, 10 OGOS 2025.
Eksesais LEMBING SAKTI 2025
Pasukan Briged Artileri Roket Tentera Darat Malaysia melaksanakan latihan tembakan Sistem Roket Lancar Berganda ASTROS pada Eksesais LEMBING SAKTI 2025 di Lapang Sasar Tanjung Hantu, Lumut. Foto ABDULLAH YUSOF, 28 JULAI 2025.
Ops Kutip Gempur Tapak Bina, Warga Asing Dicekup di Ipoh
Antara warga asing yang ditahan ketika Ops Kutip Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perak dan Pasukan Gerakan Am (PGA) di sebuah tapak pembinaan di Persiaran Panorama Lapangan Perdana awal pagi tadi. Foto ABDULLAH YUSOF, 19 JULAI 2025
Zahid Hamidi Rasmi Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Lumut
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melaungkan 'hidup UMNO' pada perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Lumut di Dewan Merdeka Majlis Perbandaran Manjung. Foto ABDULLAH YUSOF, 06 JULAI 2025.
Pembentangan Laporan Kemajuan Tahun Ketiga Perak Sejahtera 2030
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad bersama barisan exco kerajaan negeri perak menunjukkan buku Laporan Kemajuan Tahun Ketiga Perak Sejahtera 2030 di Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Lenggong. Foto ABDULLAH YUSOF, 30 JUN 2025.
Kedai Gunting Rambut ‘Old Skool’
Tukang gunting rambut, R. Gnaseregaran, 74 menggunakan peralatan yang biasa digunakan gunting rambut pelanggan di Pekan Kampung Kepayang Sungai Raya, Gopeng. Foto ABDULLAH YUSOF, 25 JUN 2025.

















