Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali masih ceria ketika bersama anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, malam tadi sebelum menyatakan bahawa beliau sudah bersedia untuk meninggalkan mereka semua.
Mukhriz berkata, walaupun sudah berada di Institut Jantung Negara (IJN) kerana komplikasi lain, keadaan Allahyarhamah malam tadi tidak menunjukkan sebarang petanda buruk, malah berada dalam suasana ceria.















