MELAKA – Seorang lelaki sanggup terjun dari lori lima tan dipandunya dan membiarkan ia merempuh sebuah rumah bagi mengelak daripada dicekup pihak berkuasa selepas dikejar sejauh 25 kilometer Jalan KJ51, Taman Krubong Jaya, petang tadi.

Malah sebelum berjaya dicekup, suspek berusia 27 tahun itu memandu secara berbahaya termasuk melawan arus selama hampir satu jam dikejar pasukan penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu.

Insiden itu turut tular di media sosial menerusi video berdurasi 42 saat memaparkan lori berkenaan dipandu secara berbahaya ketika dikejar kenderaan JPJ.

Pengarah JPJ Melaka, Muhammad Firdaus Shariff berkata, sebelum itu lori lima tan muatan bahan binaan itu dikesan di Lebuh Sungai Udang–Paya Rumput–Ayer Keroh (SPA).

Tangkap layar dari video tular ketika lori dikejar JPJ

“Pemandu berkenaan bagaimanapun enggan memberhentikan lorinya sehingga penguat kuasa terpaksa mengejarnya selama hampir sejam sejauh 25 kilometer.

“Sebaik tiba Taman Krubong Jaya pemandunya tiba-tiba bertindak nekad melompat keluar dari lori yang sedang bergerak membiarkannya merempuh sebuah rumah di Jalan KJ51, Taman Krubong Jaya,” katanya dihubungi di sini.

Menurutnya, insiden terbabit mengakibatkan pagar, tembok rumah dan sebuah kenderaan pacuan empat roda, Mitsubishi Triton rosak akibat dirempuh.

“Tiada mangsa yang cedera dalam kejadian kejadian ini dan lelaki itu berjaya ditangkap dengan bantuan penduduk setempat sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Muhammad Firdaus berkata, semakan mendapati, lori berkenaan mempunyai lapan saman lampau yang sudah diselesaikan.

“Namun, kita keluarkan lima notis saman baharu terhadap pemandu atas kesalahan seperti tiada Lesen CDL (Lesen Memandu Kompeten) dan GDL (Lesen Memandu Barangan), tidak mematuhi lampu isyarat merah, serta memandu secara cuai,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here