Pemilik Teng Shoe Maker, Chaw Kok Hoong, 64, melakukan kerja memotong kulit untuk menghasilkan kasut ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Kampung Baru Seri Kembangan, Selangor. Foto SADIQ SANI, 19 FEBRUARI 2025

Teng Shoe Maker, kilang yang terletak di Kampung Baru Seri Kembangan beroperasi menghasilkan kasut wanita hampir 60 tahun. Pemilik, Chaw Kok Hoong, 64, merupakan generasi ketiga yang mula menceburi bidang penghasilan kasut sejak beliau berumur 17 tahun lagi.

Beroperasi sejak tahun 1970 oleh pak ciknya sendiri, kemudian diserahkan kepada abangnya sebelum dia mengambil alih pengoperasian kilang tersebut pada tahun 90an.

Setiap kasut dihasilkan secara manual dengan menggunakan tangan atau ‘hand-made’ dan hanya 30% daripada proses menggunakan bantuan mesin. Sepasang kasut memerlukan masa selama setengah hari untuk disiapkan.

Bagi menjaga kualiti, kebanyakan kasut dihasilkan dari kulit seperti kulit lembu kuning, kambing biri-biri dan kerbau yang diimport dari Pakistan dan India. Beliau juga mahir membuat kasut wanita ‘custom’ bagi memenuhi citarasa pelanggan.

Namun, Chaw menghadapi pelbagai cabaran kerana perubahan selera pelanggan masa kini yang lebih gemar membeli kasut secara atas talian dengan harga yang lebih murah, walaupun kualitinya kurang memuaskan serta mudah rosak.

Chaw Kok Hoong, 64, melayani pelanggan yang ingin membuat kasut ‘custom’ ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Kampung Baru Seri Kembangan, Selangor. Foto SADIQ SANI, 19 FEBRUARI 2025
Pemilik Teng Shoe Maker, Chaw Kok Hoong, 64, memeriksa kulit-kulit yang baru diterima untuk menghasilkan kasut ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Kampung Baru Seri Kembangan, Selangor. Foto SADIQ SANI, 19 FEBRUARI 2025
Pekerja membuat acuan dengan menggunakan mesin yang sudah berusia hampir 60 tahun ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Kampung Baru Seri Kembangan, Selangor. Foto SADIQ SANI, 19 FEBRUARI 2025
Pekerja membentuk kulit kasut secara manual ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Kampung Baru Seri Kembangan, Selangor. Foto SADIQ SANI, 19 FEBRUARI 2025
Pemilik Teng Shoe Maker, Chaw Kok Hoong, 64, di kilang kasutnya yang berusia hampir 60 tahun, ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Kampung Baru Seri Kembangan, Selangor. Foto SADIQ SANI, 19 FEBRUARI 2025
Chaw menunjukkan kasut yang siap dihasilkan, dan kasut yang mendapat sambutan tinggi ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Kampung Baru Seri Kembangan, Selangor. Foto SADIQ SANI, 19 FEBRUARI 2025
Pelanggan mencuba kasut yang siap dihasilkan oleh Teng Shoe Maker ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Kampung Baru Seri Kembangan, Selangor. Foto SADIQ SANI, 19 FEBRUARI 2025
Pelbagai reka bentuk kasut yang dihasilkan oleh Teng Shoe Maker, dipamerkan untuk dijual ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Kampung Baru Seri Kembangan, Selangor. Foto SADIQ SANI, 19 FEBRUARI 2025

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here