Logo Polis Diraja Malaysia

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan serbuan yang tular menerusi video di Facebook dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD  Petaling Jaya di Pelangi Damansara pada 10 Oktober tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Shahrulnizam Ja’afar berkata, serbuan dilakukan menerusi  Ops Tapis di kawasan Damansara.

Menurut beliau, pihaknya memulakan siasatan berkenaan dakwaan salah laku empat anggota seperti mana yang dirakam dalam video berkenaan.

Tangkap layar video tular

“Siasatan telah dibuka bagi menyiasat dakwaan yang ditularkan dan tindakan tegas akan diambil sekiranya terdapat sebarang salah laku di dalam kejadian ini,” katanya menerusi kenyataan.

Terdahulu katanya, pihak Polis mengesan satu kenyataan dan video tular melalui aplikasi Facebook yang dimuat naik pemilik akaun ‘En Abdul’ yang memaparkan video serbuan yang dilakukan empat orang anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Petaling Jaya.

Kenyataan dan video berkenaan dikesan telah dimuat naik semalam lebih kurang jam 1 petang.

Tinjauan MalaysiaGazette ke akaun berkenaan mendapati, pemilik Facebook tersebut mendakwa mendapat sumber video daripada Edisi Siasat.

Pemilik akaun itu mendakwa individu yang tidak didedahkan identitinya diperas ugut empat anggota polis yang datang ke kediamannya dan bertindak memecahkan kamera litar tertutup (CCTV) dan melakukan pemerasan.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here