GEORGE TOWN – Kanak-kanak lelaki yang kritikal tercekik gula-gula ‘gummy’ berbentuk mata pada Selasa lalu dilaporkan meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang (HPP) malam tadi.

Ibu saudaranya, Siti Farhanim Mohamad Fikri, 33, yang mengesahkan khabar duka itu memaklumkan Mohamad Fahmi Hafiz Mohamad Fakhruddin, 10, meninggal dunia jam 11 malam tadi.

“Dia meninggal dunia ketika menerima rawatan di HPP.

“Jenazah Mohamad Fahmi dijangka dibawa pulang ke rumah neneknya di Permatang Binjai, Penaga dan dijangka dikebumikan esok pagi,” katanya ringkas.

Terdahulu, MalaysiaGazette melaporkan kanak-kanak yang dilaporkan berada dalam keadaan kritikal selepas dipercayai tercekik gula-gula ‘gummy mata’, masih belum menunjukkan sebarang perkembangan positif.

Selain itu, polis menasihatkan orang ramai agar tidak mensensasikan kejadian seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun tercekik gula-gula kenyal ‘gummy’ berbentuk mata sehingga mengganggu ketenteraman awam dan mempengaruhi siasatan yang sedang dijalankan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here