KUALA LUMPUR – Sebuah kedai karpet di Nilai 3, Negeri Sembilan dilaporkan terbakar pagi ini.
Video dan gambar kebakaran dengan asap berkepul-kepul tular di media sosial pagi ini.
Pasukan bomba kelihatan sedang bertungkus lumus memadamkan kebakaran.
Setakat ini, tiada butiran lanjut mengenai kejadian yang dikongsikan. – MalaysiaGazette