Sebuah kereta terbalik dalam kemalangan tiga kenderaan yang mengorbankan seorang pemuda di Lebuhraya Utara-Selatan, Kulai, malam tadi.

KULAI – Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggang terbabas dan masuk ke lorong kanan sebelum dilanggar sebuah kereta dalam kemalangan tiga kenderaan di Kilometer 2.17 Lebuh Raya Utara-Selatan (arah selatan) di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, kejadian pada pukul 11.45 malam itu melibatkan motosikal jenis Yamaha FZ150 ditunggang mangsa dengan kereta Perodua Myvi dan Proton Preve.

“Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal ditunggang mangsa yang berusia 35 tahun telah hilang kawalan lalu terbabas di lorong kanan.

“Kemudian datang Perodua Myvi dipandu seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun dan Proton Preve berusia 48 tahun tidak sempat mengelak lalu melanggar motosikal tersebut.

“Akibatnya menyebabkan kedua-dua kenderaan tersebut terbabas ke lorong kecemasan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, akibat kemalangan tersebut, penunggang motosikal mengalami kecederaan parah di bahagian badan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Beliau berkata, kes disiasat Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan tersebut boleh mengubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Ahmad Safuan Abu Naim 017-7573507 atau hadir ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here