Mufti Pahang, Profesor Datuk Dr. Asmadi Mohamed Naim

KUANTAN –  Daerah Rompin akan menggunakan waktu solat baharu menerusi Zon Khas berbanding Zon 2 sebelum ini yang akan dikuatkuasan di Pahang bermula 1 Mac ini.

Mufti Pahang, Profesor Datuk Dr. Asmadi Mohamed Naim berkata Zon Khas Waktu Solat untuk Daerah Rompin yang membabitkan tiga mukim iaitu Mukim Rompin, Mukim Endau dan Mukim Pontian.

“Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku Sultan Pahang telah memberi perkenan kepada keputusan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang pada 19 Februari 2025 berkenaan kewujudan Zon Khas Solat Baharu (Zon Khas Rompin).

“Oleh itu, jadual waktu solat dan berbuka puasa bagi bulan Ramadan 1446H bagi Daerah Rompin akan menggunakan Zon Khas Rompin, dan tidak lagi menggunakan Zon 2 (Kuantan, Pekan dan Muadzam Shah),” katanya.

Tambah Dr. Asmadi edaran waktu solat baharu bagi zon berkenaan akan diselaraskan oleh pihak Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP). – MalaysiaGazette.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here