Foto, Ihsan JBPM PERAK

IPOH – Seorang lelaki warga emas ditemui meninggal dunia selepas terkunci di dalam bilik air di kediamannya di Kampung Dato’ Rosli di Trong hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, mangsa berusia 78 tahun disahkan meninggal dunia oleh kakitangan Kementerian Kesihatan.

Beliau berkata, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Trong menerima panggilan terdapat seorang warga emas terkunci di dalam bilik air pada pukul 8.14 pagi.

“Seramai tujuh anggota dan sebuah jentera dari BBP Trong telah digerakkan ke lokasi dan tiba pada pukul 8.21 pagi.

“Ketua operasi telah melakukan size-up dan seterusnya mengaplikasi Konsep SAVER dengan mengarahkan anggota melaksanakan kerja-kerja penyelamatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah Sabarodzi, anggota bomba menggunakan bolt cutter dan crow bar sehingga pintu berjaya dibuka dan mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Jelas beliau, operasi yang diketuai PBK I (KUP) Yusrizal Chu Abu Bakar itu tamat sepenuhnya pada pukul 8.45 pagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here