Naib Presiden MCA Datuk Lawrence Low

KUALA LUMPUR- MCA mencadangkan kerajaan untuk merujuk isu penjualan saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) oleh Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bagi tujuan siasatan.

Naib Presiden MCA yang juga Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Ekonomi dan PKS parti berkenaan, Datuk Lawrence Low berkata, langkah itu bagi memastikan ketelusan dalam proses urusniaga tersebut di samping melaksanakan hak rakyat untuk diberi maklumat yang tepat.

“Jawatankuasa kami menyokong keputusan PAC untuk menyiasat urusniaga tersebut kerana ia bukan sahaja berkenaan akauntabiliti kerajaan dan urustadbir korporat yang baik malah ia juga penting bagi kepercayaan rakyat terhadap pengurusan pelaburan negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN

https://malaysiagazette.com/2025/02/20/tuduhan-kwsp-rugi-menerusi-penjualan-mahb-tak-benar-amir-hamzah/

https://malaysiagazette.com/2025/02/20/saham-mahb-saya-anak-jantan-saya-sedia-disaman-kwsp-ka-siong/

Dua hari lalu, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan menafikan tuduhan KWSP mengalami kerugian menerusi penjualan saham MAHB pada 2023.

Jelasnya, dana persaraan itu berjaya mencatatkan keuntungan dalam urusniaga berkenaan dan merekodkan jumlah pendapatan pelaburan sebanyak RM63.48 bilion bagi penyata kewangan berakhir 31 Disember 2023.

Selain itu, kata beliau, KWSP juga telah berjaya mengisytiharkan dividen sebanyak 5.50 peratus bagi Simpanan Konvensional dan 5.40 peratus bagi Simpanan Shariah bagi tahun kewangan sama.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here