Anthony Loke

KUALA LUMPUR- Kementerian Pengangkutan mengarahkan aspek keselamatan di semua stesen tren khususnya kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) dikaji semula dipertingkatkan.

Menterinya, Anthony Loke Siew Fook berkata, ia susulan kemalangan yang membabitkan seorang OKU maut dilanggar tren LRT selepas terjatuh dari landasan, pagi tadi.

“Prasarana akan mengambil beberapa langkah penting bagi mengelakkan kejadian sebegini daripada berulang.

“Smart CCTV yang berupaya mengesan perilaku berisiko akan dipasang di stesen.

“Bagi jangka masa panjang pula, Prasarana dalam perancangan untuk memasang Platform Screen Doors (PSD) di kesemua laluan LRT sebagai usaha memperkukuh keselamatan penumpang,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook hari ini.

Tambah beliau, Kementerian turut bekerjasama rapat dengan semua pihak berkaitan terutamanya pihak Prasarana Sdn Bhd untuk menjalankan siasatan terperinci.

Sementara itu, beliau turut menasihatkan penumpang yang memerlukan bantuan tambahan, termasuk golongan OKU agar menghubungi kakitangan Prasarana atau Polis Bantuan di stesen bagi memastikan keperluan mereka diberi perhatian sewajarnya.

“Keselamatan dan kebajikan penumpang sentiasa menjadi keutamaan kami. Kerajaan komited untuk memastikan sistem pengangkutan awam yang lebih selamat, inklusif, dan mesra pengguna, demi kebaikan semua rakyat Malaysia,” katanya lagi. -MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

OKU maut jatuh landasan rel sebelum dilanggar kereta api

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here