Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

KUALA LUMPUR – Tekanan darah tinggi dikatakan menjadi punca bekas perdana menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pengsan dan tidak sedarkan diri di rumahnya awal pagi tadi.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Akhbarnya, Azran Fitri Rahim dalam menerusi hantaran di Facebooknya, petang tadi.

Bagaimanapun katanya, keadaan Ahli Parlimen Bera itu kembali stabil dan sedar sepenuhnya.

“Ramai yang bertanya kepada saya mengenai keadaan terkini Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob setelah pengsan di rumahnya akibat tekanan darah tinggi kira-kira pukul 2.30 pagi tadi.

“Alhamdulillah keadaan beliau pada petang ini telah stabil dan sedar sepenuhnya.

“Bagaimanapun beliau masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor di sebuah hospital di Damansara,” katanya di laman sosial itu.

Bagaimanapun katanya, doktor tidak membenarkan Ismail Sabri menerima pelawat buat sementara waktu sehingga kesihatannya kembali pulih.

“Hanya keluarga terdekat sahaja dibenarkan untuk menziarahi beliau.

“Terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan beliau supaya kembali pulih seperti sediakala,” katanya. – MalaysiaGazette

Artikel berkaitan:-

Ismail Sabri dimasukkan ke hospital selepas pengsan

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here