Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad pada Majlis Peluncuran Hala Tuju Ekonomi Biru Negeri Perak Darul Ridzuan di Jeti Terapung Lumut. Foto ABDULLAH YUSOF, 23 FEBRUARI 2025.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad pada Majlis Peluncuran Hala Tuju Ekonomi Biru Negeri Perak Darul Ridzuan di Jeti Terapung Lumut. Foto ABDULLAH YUSOF, 23 FEBRUARI 2025.

LUMUT – Perak bersedia menjadi peneraju ekonomi biru di negara ini melalui kekayaan sumber sedia ada dalam sektor perikanan, pelancongan maritim, tenaga boleh diperbaharui, dan bioteknologi marin.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, bagi menjayakan hasrat berkenaan kerajaan negeri telah melancarkan Hala Tuju Ekonomi Biru Negeri Perak Darul Ridzuan, pada Ahad.

Menurut beliau, hala tuju ini merupakan satu strategi komprehensif dalam mengoptimumkan sumber alam negeri secara mampan.

“Sektor perikanan terus menjadi pemacu utama ekonomi biru negeri ini di mana pada tahun 2023, Perak menyumbang 22.8 peratus daripada pengeluaran perikanan negara, dengan nilai pendaratan ikan laut mencecah RM2.53 bilion.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berucap pada Majlis Peluncuran Hala Tuju Ekonomi Biru Negeri Perak Darul Ridzuan di Jeti Terapung Lumut. Foto ABDULLAH YUSOF, 23 FEBRUARI 2025.

“Negeri ini juga merupakan pengeluar utama kerang di Malaysia, dengan hasil sebanyak 14.5 ribu tan metrik,” katanya.

Beliau berkata demikia kepada pemberita selepas hadir pada Majlis Peluncuran Hala Tuju Ekonomi Biru Negeri Perak Darul Ridzuan di sini, hari ini.

Hadir sama Exco Pembangungan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim dan

Mengulas lanjut, Saarani berkata, Kerajaan Perak juga akan terus memperkasa industri maritim menerusi pelaksanaan Bandar Perindustrian Maritim Lumut (LuMIC).

Jelas beliau, ia melalui pengukuhan pelancongan maritim dengan menjadikan Manjung sebagai Hab Maritim Nusantara dan Bagan Datuk sebagai pusat agrolancong dan maritim.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad melawat reruai pameran pada Majlis Peluncuran Hala Tuju Ekonomi Biru Negeri Perak Darul Ridzuan di Jeti Terapung Lumut. Foto ABDULLAH YUSOF, 23 FEBRUARI 2025.

Tambahnya lagi, destinasi utama seperti Pulau Pangkor, Royal Belum, dan Kuala Sepetang akan terus diperkukuh sebagai tarikan pelancong.

“Dalam usaha mempelbagaikan portfolio ekonomi biru, Kerajaan Negeri turut memberi penekanan kepada tenaga boleh diperbaharui, termasuk projek solar terapung dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad serta pembangunan tiga stesen janakuasa hidroelektrik kecil berkapasiti 29MW.

“Kerajaan Perak juga komited dalam pemuliharaan alam sekitar, termasuk pemulihan terumbu karang di Kepulauan Sembilan, pembangunan semula Hutan Simpan Kuala Gula, dan penggubalan Rang Undang-Undang Sumber Air (RUUSA) bagi memperkukuh pengurusan sumber air,” katanya.

Saarani berkata, dengan pelaksanaan yang tuntas, Perak bersedia menjadi peneraju ekonomi biru di Malaysia, memastikan kemakmuran ekonomi seiring dengan kelestarian sumber alam demi kesejahteraan rakyat. -MG Perak

Artikel Berkaitan:

Lima fokus Perak kekal momentum hadapi 2025

Kad Perak Sejahtera ringan beban belanja barang asas – penerima

Pertumbuhan ekonomi Perak berdaya tingkat rumah mampu milik

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here