Perlombongan emas secara haram di Rompin.

KUALA LUMPUR – Dua lelaki Kemboja ditahan di Sungau Jubau Mukim Keratong Muadzam Shah, Rompin, Pahang kerana melakukan aktiviti perlombongan emas secara haram.

Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) berkata, kedua-dua lelaki itu ditahan dengan kerjasama Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) dalam Op Bersepadu Khazanah pada pukul 12 tengah hari semalam.

“Hasil pemeriksaan mendapati kegiatan melombong emas dilakukan oleh dua lelaki warganegara Kemboja dan mereka gagal menunjukkan lesen pelombongan yang sah.

“Polis dan UPNP menahan dan merampas peralatan melombong, kenderaan termasuk karpet getah yang mengandungi habuk dan partikel emas kesemuanya bernilai RM96,000,” katanya dalam kenyataan.

Dua lelaki Kemboja yang ditahan

Kes disiasat dibawah Akta Enakmen Mineral Pahang 2001, Kanun Tanah Negara Akta 828 dan Sek 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Suspek diserahkan kepada Ibupejabat Polis Daerah Rompin manakala barang rampasan diserahkan kepada Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang untuk tindakan selanjutnya.

Pasukan Gerakan Am akan terus mempergiatkan usaha bagi mengekang kegiatan pelombongan haram dari terus berleluasa di dalam negara. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here