Naazron Abdul Yusof

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan telah menerima satu laporan polis daripada seorang kanak-kanak perempuan warga tempatan yang menyatakan telah dirogol oleh bapa saudaranya.

Ketua Pois Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, kejadian dipercayai berlaku pada Ogos 2024 dan yang terbaru pada Januari 2025 di Semenyih.

“Bertindak atas maklumat, pada 20/02/2025, seorang lelaki warga tempatan berumur 43 tahun telah ditangkap dan direman selama empat hari bagi membantu siasatan,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Menurut Naazron, kes disiasat di bawah Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang mana jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 30 tahun dan maksimum 10 sebatan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tersebut diminta menyalurkannya di balai pois berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Insp. Nursyaza Farhah Samhairi di talian 017-6919817. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here