Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak, merasmikan STEM Centre Politeknik Seberang Perai.

PERMATANG PAUH – Politeknik Seberang Perai (PSP) menjadi politeknik pertama di Malaysia yang menubuhkan Pusat Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik atau STEM Centre.

Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang Tuan Yang Terutama Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak merasmikan STEM Centre Politeknik Seberang Perai (PSP).

Majlis ini merupakan anjuran Yayasan Amal TYT Pulau Pinang dengan kerjasama PSP.

STEM CENTRE Politeknik Seberang Perai merupakan kesinambungan daripada Program Mini Teater STEM Pulau Pinang yang telah dilancarkan pada 29 Oktober 2024 lalu.

Penubuhan pusat itu mencerminkan keprihatinan Tun Ahmad Fuzi dalam memperkasa pembelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) khususnya dalam kalangan pelajar di negeri ini.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Yayasan Amal TYT Pulau Pinang, Datuk Seri Sr. Rozali Mohamud berkata, penubuhan STEM Centre bakal menjadi pengubah keadaan (game changer) dalam ekosistem pembelajaran STEM formal dan tidak formal di Malaysia.

“Dianggarkan seramai 20,000 pelajar politeknik dan kolej komuniti di Pulau Pinang akan memperoleh manfaat langsung daripada STEM Centre ini.

“Pembelajaran tidak formal di STEM Centre ini juga secara tidak langsung dapat menyokong dan memperkukuhkan pembelajaran formal di sekolah, politeknik, universiti dan institusi pendidikan negara,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Pengarah PSP, Roseliza Shaari, STEM Centre seiring dengan aspirasi negara untuk melahirkan lebih ramai tenaga mahir dalam bidang teknologi.

“Dengan adanya STEM Centre ini, PSP berpotensi menjadi pusat rujukan utama dan pemangkin minat generasi muda terhadap STEM,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here