Foto Bangkok Post

BANGKOK- Tindakan seekor anjing di sebuah kampung di Buri Ram yang menyerahkan sebungkus plastik mengandungi 14,000 biji pil dadah jenis methamphetamine mengejutkan tuannya.

Menurut pemilik anjing berkenaan, haiwan peliharaannya itu menyerahkan beg plastik berkenaan selepas ‘mencurinya’ daripada sekumpulan anjing lain yang sedang bergaduh berebutkan dadah tersebut.

Terkejut dengan isi di dalam beg plastik tersebut, lelaki berkenaan segera menghubungi ketua kampung, Jirawat Thanacharoenchote sebelum menghubungi pihak polis untuk siasatan lanjut.

Menurut pihak berkuasa, di dalam beg plastik tersebut terdapat empat beg kecil di yang setiap satunya mengandungi kira-kira 2,000 pil dadah.

Bahan terlarang itu kemudiannya diserahkan ke balai polis Nong Song Hong bagi siasatan lanjut.

Polis mengesyaki, seorang pengedar dadah mungkin menyorokkan pil berkenaan di tepi jalan kampung dan baunya menarik perhatian sekumpulan anjing menyebabkan mereka bergaduh sebelum dadah tersebut berjaya ‘dicuri’ seekor anjing hitam yang kemudiannya menyerahkan dadah tersebut kepada pemiliknya.- Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here