Timbalan Menteri Komunikasi yang juga Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching pada Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. Foto JABATAN PENERANGAN MALAYSIA, 26 FEBRUARI 2025.

KUALA LUMPUR – Penubuhan Majlis Media Malaysia (MMM) diyakini dapat menangani pelbagai isu serta cabaran mendatang berikutan kod etika standard dalam setiap laporan dibuat.

Ini kerana menurut Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching, selama ini, pengamal media mempunyai kod etika tersendiri mengikut organisasi masing-masing bagi sesebuah laporan berita.

Kini dengan penubuhan MMM, ia mampu meningkatkan standard dan kualiti ekosistem media di negara ini pada masa depan.

“Pengamal media yang profesional selalunya berpegang kepada fakta dan ketepatan bahan berita dilaporkan bagi pastikan ia laporan benar, berkualiti serta dari sumber dipercayai.

“Tapi andai ada berita itu menjejaskan orang awam, ketika ini tidak ada platform untuk mereka buat aduan atau menggunakan perundangan namun semua itu akan memakan masa yang lama.

“Tetapi dengan adanya MMM ini, kerajaan yakin ruang semak dan imbang boleh dilaksanakan oleh pemain industri media sendiri bagi meningkatkan amalan integriti dan pematuhan etika,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi bacaan kali kedua Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 di Dewan Rakyat hari ini.

Kata Nie Ching, kerajaan khasnya Kementerian Komunikasi amat komited dengan penubuhan MMM yang akan menjamin kebebasan media selain memberikan masyarakat umum bahan berita lebih sahih dan adil. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here