Tag: MMM
Syed Agil bimbang Nallini bawa pendekatan konservatif dalam Majlis Media Malaysia
Penganalisis itu bimbang cara Nallini mengendalikan MMM kelak mungkin terlalu berteraskan pendekatan tradisional sedangkan badan itu memerlukan kepimpinan yang lebih terbuka dan memahami cabaran semasa industri media.
MMM gesa pembebasan segera Rex Tan
Dalam keadaan tersebut, tindakan penahanan dan penangkapan terhadap Rex Tan dilihat tidak perlu dan seolah-olah bersifat menghukum, sedangkan beliau telah mengambil tanggungjawab penuh atas tindakannya.
MMM kecam dedah maklumat peribadi wartawan, hargai permohonan maaf FMT
Menurut MMM, tindakan seperti mendedahkan maklumat peribadi dan ugutan bukan sahaja meletakkan pengamal media dalam keadaan berisiko malah, mencabul privasi, keselamatan serta hak asasi mereka sekali gus menjejaskan peranan asas kewartawanan dalam masyarakat demokratik.
Kompaun RM100,000 terhadap Sin Chew, Sinar keterlaluan – MMM
Menurut MMM, meskipun pihaknya mengakui kepentingan ketepatan maklumat dan keperluan menghormati simbol negara, hukuman berat seperti itu hanya akan menimbulkan suasana ketakutan dan penapisan sendiri dalam kalangan wartawan serta pengarang.
Kod etika pengamal media lebih seragam melalui Majlis Media Malaysia –...
Ini kerana menurut Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching, selama ini, pengamal media mempunyai kod etika tersendiri mengikut organisasi masing-masing bagi sesebuah laporan berita.










