Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Idris Ahmad

KUALA LUMPUR – Seorang wakil rakyat pembangkang mencadangkan supaya pelantikan 21 anggota Majlis Media Malaysia dibuat menerusi jawatankuasa bebas atau Parlimen.

Datuk Idris Ahmad (PN-Bagan Serai) membuat saranan tersebut bagi memastikan pemilihan itu benar-benar bebas dan telus agar ia dapat berfungsi dengan baik tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.

“Saya mencadangkan pelantikan anggota majlis media ini hendaklah melalui proses lebih telus terutamanya boleh dibuat melalui jawatankuasa bebas atau saringan oleh Parlimen.

“Ia lebih baik kerana amalan pelantikan jawatankuasa pilihan khas di Parlimen yang diguna pakai dalam pelantikan anggota majlis media  dan ia boleh dinilai melibatkan Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang,” katanya di Dewan Rakyat hari ini

Mengulas mengenai cadangan dua wakil kerajaan dilibatkan sebagai ahli anggota Majlis Media, Idris boleh bersetuju dengan pelantikan itu asalkan mereka tidak diberi kuasa dalam membuat keputusan termasuk mengundi.

“Ada wakil kerajaan boleh, pasal kerajaan kata wang kerajaan beri namun saya mengharapkan supaya dua wakil kerajaan dalam Majlis Media ini tak  diberi kuasa mengundi…mereka boleh semak, pimpin dan sebagainya.

“Kita bimbang takut kebebasan media akan memberi persepsi yang buruk kepada negara kita dimata dunia sehingga boleh menjatuhkan lagi tangga kebebasan media diperingkat antarabangsa,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here