Kakitangan Aerotrain melakukan pengujian dan pemeriksaan semasa lawatan Projek Aerotrain KLIA yang akan beroperasi semula di Sepang. Foto AIZAT ZAINAL, 24 JANUARI 2025.

KUALA LUMPUR – Status terkini projek penggantian Aerotren KLIA adalah pada kadar 86 peratus sehingga 24 Januari lalu.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, pengoperasian penuh Aerotren KLIA dijangka akan bermula pada suku kedua tahun ini.

“Selanjutnya, Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) telah melantik Alstom dan IJM Construction Sdn. Bhd. – Pestech Technology Sdn Bhd JV (IPJV) sebagai kontraktor utama untuk kontrak baharu projek penggantian Aerotren KLIA selama tempoh 14.5 bulan bermula 15 Januari 2024 sehingga 31 Mac 2025.

“Dalam hubungan ini, Alstom kini memainkan peranan utama dalam penyelarasan projek, dan keputusan untuk bekerjasama dengan IPJV ditentukan oleh Alstom.

“Keputusan tersebut adalah berdasarkan pengalaman IJM Corporation dalam kerja-kerja infrastruktur serta kepakaran Pestech dalam sistem bekalan kuasa dan teknologi berkaitan,” katanya dalam jawapan bertulis di laman web Parlimen di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Ir Ts Zahir Hassan (PH-Wangsa Maju yang meminta Menteri Pengangkutan menyatakan apakah pecahan status terkini pelaksanaan projek Aerotrain KLIA 1 termasuk kemajuan fizikal, perolehan aset, ujian sistem,dan garis masa pengoperasian penuh selain.

Zahir turut bertanya apakah justifikasi pemberian semula kontrak bernilai RM456.1 juta kepada Pestech pada Januari 2024, setelah kontrak terdahulu ditamatkan oleh MAHB pada Ogos 2023. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here