Para pelajar teruja berpeluang berinteraksi dengan Datuk Aznil Nawawi (kiri) dalam sesi soal jawab interaktif yang mencabar minda.

KUALA LUMPUR – Jenama kesihatan terkemuka di Malaysia, Eskayvie komited meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan nutrisi kepada rakyat Malaysia melalui penganjuran Karnival Eskayvie Inspirasi Generasi Masa Hadapan.

Sebagai permulaan, jenama itu menjejaki Sekolah Kebangsaan Seksyen 24 di Shah Alam bagi mendekati golongan pelajar dan ibu bapa sebagai sebahagian daripada misinya menangani isu malnutrisi dalam kalangan kanak-kanak serta melahirkan generasi pemimpin masa depan yang cemerlang dan berkualiti melalui amalan pemakanan sihat.

Pengarah Urusan Eskayvie, Kartika Wati Mohamed berkata, isu itu bukan sekadar statistik malah ia cabaran yang menjejaskan perkembangan otak, emosi dan produktiviti anak-anak kerana malnutrisi memberi kesan serius dalam jangka pendek di mana ia boleh melemahkan sistem imun yang menyebabkan keletihan, menghalang tumbesaran, menjejaskan fokus dan prestasi akademik.

Beliau berkata, lebih membimbangkan, kesan yang sama boleh berlanjutan hingga dewasa, menghalang pencapaian akademik dan peluang pekerjaan, sekali gus menjejaskan ekonomi keluarga dan negara.

‘’Melalui kempen ini, Eskayvie bekerjasama dengan komuniti setempat bagi meningkatkan kesedaran mengenai pentingnya pemakanan seimbang dan gaya hidup sihat dalam kalangan kanak-kanak dan keluarga.n.

“Dengan pendekatan yang menyeluruh, kami berhasrat membina komuniti keibubapaan dengan menyediakan panduan praktikal, sokongan motivasi, idea aktiviti serta perkongsian kesihatan dan nutrisi untuk membantu ibu bapa membesarkan anak-anak yang sihat, cerdas dan berdaya saing,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pihak pengurusan Eskayvie bersama Datuk Aznil Nawawi meraikan sebahagian daripada ibu bapa dan para pelajar yang menjayakan karnival Eskayvie Inspirasi Generasi Masa Hadapan

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Eskayvie, Dr. Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri pula menekankan pemakanan anak-anak sangat mempengaruhi perkembangan dan prestasi minda mereka.

“Ramai ibu bapa menghantar anak-anak ke kelas tambahan atau mendapatkan tutor peribadi tetapi mereka mungkin terlepas pandang satu asas penting iaitu pemakanan yang menyokong keupayaan kognitif anak-anak.

“Makanan harian kanak-kanak hari ini lebih banyak terdiri daripada makanan segera yang bukan sahaja kurang nutrisi malah memberi kesan negatif kepada kesihatan otak mereka. Ini menjadi cabaran utama dalam memastikan mereka mendapat nutrisi yang mencukupi untuk prestasi akademik yang lebih baik,” katanya.

Syid menambah, menyedari cabaran itu, Eskayvie kini memperkenalkan Mindtropic dan Mindtropic Junior, suplemen minda yang dirumus khas dengan Phosphatidylserine dan Omega-3, juga vitamin dan mineral bagi menyokong perkembangan otak kanak-kanak.

“Suplemen ini membantu meningkatkan fokus, daya ingatan dan keupayaan pembelajaran, sekaligus memberikan kelebihan kepada anak-anak dalam pencapaian prestasi akademik mereka.

Pelajar Sekolah Kebangsaan Seksyen 24 Shah Alam mengambil bahagian dalam aktiviti interaktif di karnival Eskayvie Inspirasi Generasi Masa Hadapan.

Sementara itu, pada acara sama, Duta Eskayvie, Datuk Aznil Nawawi turut mengadakan demonstrasi memasak dengan memperkenalkan resipi sihat yang ringkas dan menyelerakan untuk anak-anak.

Seramai lapan orang ibu bapa turut berpeluang menyertai sesi memasak menu sihat bagi merasai sendiri pengalaman secara langsung dalam penyediaan makanan berkhasiat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here