TEL AVIV – Ahli keluarga dua kanak-kanak dan ibu mereka yang terbunuh semasa dalam tahanan di Gaza mendesak Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu dan kerajaannya berhenti mengambil kesempatan daripada kematian mereka untuk kepentingan politik.
Shiri Bibas dan anaknya, Ariel dan Kfir, masing-masing berusia empat tahun dan sembilan bulan ditahan briged Mujahidin yang beroperasi di Gaza dan Tebing Barat semasa serangan ke atas Israel pada 7 Oktober 2023 yang diketuai Hamas.
Kumpulan Hamas berkata, mereka terbunuh dalam serangan udara Israel ke atas Gaza pada November 2023.
Suami Shiri, Yarden Bibas dibebaskan pada bulan lalu semasa perjanjian gencatan senjata fasa pertama yang dipersetujui antara Hamas dan Israel.
Pada minggu lalu, jurucakap tentera Israel, Daniel Hagari berkata, risikan mendapati mereka telah mati namun tidak dapat mengumumkan kepada umum walaupun terdapat desakan beberapa kali supaya keluarga itu dipulangkan dalam keadaan selamat.
Pada Selasa lalu, kakak kepada Yarden, Ofri Bibas dalam hantaran Facebooknya mengkritik Netanyahu yang berulang kali menyebut tentang kematian Shiri, Ariel dan Kfir selain mendedahkan maklumat sulit.
Dalam ucapannya menerusi klip video kepada Jawatankuasan Hal Ehwal Awam Israel Amerika pada Selalu lalu, Netanyahu memperincikan maklumat kematian ketiga-tiga individu itu, walaupun ia bertentangan dengan kehendak ahli keluarganya.
Netanyahu bercakap mengenai keluarga tersebut semasa menyampaikan ucapan pada majlis anjuran tentera pada Ahad lalu selain memaparkan gambar mereka.
Ynet melaporkan bahawa keluarga tersebut telah menghantar surat yang mendesak Perdana Menteri itu dan para pegawai serta badan kerajaan mengelak daripada menyiarkan maklumat mengenai mereka.
Sementara itu, pada Isnin lalu, peguam yang mewakili keluarga Bibas, Dana Pugach mendekati beberapa pegawai termasuk Kementerian Luar, pegawai tertinggi tentera dan Netanyau bagi menyatakan bahawa menyiarkan perincian tentang kematian hanya boleh dilakukan ahli keluarga.
“Keluarga tidak sepatutnya ditekan untuk membenarkan pembunuh ini dieksploitasi kononnya untuk tujuan (kepentingan) umum,” tambah beliau
Dalam hantaran beliau, Ofri Bibas mendedahkan perincian mengenai punca kematian keluarganya adalah ‘penderaan demi kepentingan keluarga sendiri menerima kesengsaraan yang dilalui sepanjang 16 bulan dan masih terdapat perkara yang buruk pada masa depan’.
“Oleh itu, jika saya boleh katakan satu perkara kepada semua bagi pihak keluarga Bibas, diam sahaja,” tambah beliau.
Keluarga tersebut juga memohon media ‘berhenti menambah perincian fakta Shiri dan anak-anaknya yang dibunuh oleh penculiknya’ menerusi satu kenyataan pada Sabtu lalu yang disiarkan oleh Forum Keluarga Tahanan dan Hilang.
Akhbar, Israel Hayon melaporkan keluarga Bibas juga meminta tiada wakil kerajaan menghadiri pengebumian yang berlangsung semalam. – Agensi