Kemahiran menyelam yang sebati membuatkan mereka sangat mahir memburu hasil laut dengan menggunakan lembing ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di kepulauan Semporna, Sabah. Foto MOHD ADZLAN, 28 FEBRUARI 2025.

“Orang susah, makin disusahkan lagi”, demikian keluhan Belbati Siloto, salah seorang antara ramainya suku kaum Bajau Laut yang diketahui umum hidup nomad di pinggir pantai Sabah.

Keluhan lelaki 30-an itu adalah kerana kehidupan suku kaum itu di Sabah tidak mempunyai hak untuk menerima dokumen pengenalan diri meskipun tinggal di negeri di bawah bayu sejak sekian lama.

Tanpa kerakyatan mereka tidak ada banyak pilihan dalam kehidupan, tidak layak mendapat pendidikan dan tiada pekerjaan tetap.

Lazimnya mereka menggunakan kemahiran menyelam di laut dalam, menggunakan kayu lembing untuk memburu hasil laut demi mengisi perut.

Bukan itu saja, sakit juga tidak dirawat di hospital kerana tiada pengenalan diri.

Tinggal dan berteduh daripada hujan dan panas di dalam pondok di atas air, bersempit, berhimpit di dalam sampan, demi kelangsungan hidup.

Hakikatnya kehidupan suku kaum Bajau Laut di Sabah ditinggal jauh oleh arus pemodenan dan pembangunan.

Bagi menjaga kecantikan muka, gadis Pelauh atau Bajau Laut mengamalkan bedak beras atau ‘borak buas’ dengan campuran kunyit yang ditumbuk halus untuk mengelakkan kulitnya merekah dan panas ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di kepulauan Semporna, Sabah. Foto MOHD ADZLAN, 28 FEBRUARI 2025.
Menjadi satu kebiasaan bagi masyarakat bajau menjalani kehidupan yang sangat daif dan mencabar dengan tidak mempunyai akses kemudahan seperti bekalan elektrik serta kemudahan asas yang lain ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di kepulauan Semporna, Sabah. Foto MOHD ADZLAN, 28 FEBRUARI 2025.
Wanita bajau laut memasak makanan ringkas seperti ubi yang dihancurkan serta ikan goreng hasil buruan di dasar laut pada waktu pagi sebelum memulakan aktiviti harian ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di kepulauan Semporna, Sabah. Foto MOHD ADZLAN, 28 FEBRUARI 2025.
Rumpai laut dijemur sehingga kering sebelum dijual atau dimakan demi meneruskan kelangsungan hidup ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di kepulauan Semporna, Sabah. Foto MOHD ADZLAN, 28 FEBRUARI 2025.
Kepakaran membuat dan membaiki perahu menjadi satu kebiasaan berikutan kebergantungan terhadapnya kerana kehidupan yang sentiasa di atas laut ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di kepulauan Semporna, Sabah. Foto MOHD ADZLAN, 28 FEBRUARI 2025.
Selain tinggal di atas rumah yang dibuat sendiri menggunakan kayu, masyarakat ini juga menetap di dalam perahu bagi memudahkan mereka untuk berpindah randah ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di kepulauan Semporna, Sabah. Foto MOHD ADZLAN, 28 FEBRUARI 2025.
Berbeza dari keselesaan orang lain, setiap rumah orang bajau yang sederhana kecil itu terdapat 5 hingga 10 orang penghuni hanya untuk berteduh dari hujan dan panas ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di kepulauan Semporna, Sabah. Foto MOHD ADZLAN, 28 FEBRUARI 2025.
Jauh dari kemampuan masyarakat moden hari ini apabila orang bajau laut membina keluarga di tengah laut serta menginap di dalam sebuah rumah yang kecil dan daif tanpa sebarang keperluan asas yang lengkap ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di kepulauan Semporna, Sabah. Foto MOHD ADZLAN, 28 FEBRUARI 2025.
Masyarakat bajau laut sinonim menggunakan perahu atau dipanggil ‘lepa’ sebagai alat pengangkutan mereka untuk bergerak melakukan aktiviti harian ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di kepulauan Semporna, Sabah. Foto MOHD ADZLAN, 28 FEBRUARI 2025.
Iskul Sama Dilaut Omadal merupakan sebuah sekolah yang memberikan pendidikan asas kepada kanak-kanak Bajau Laut yang berdedikasi ingin mengubah kehidupan dengan ilmu ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di kepulauan Semporna, Sabah. Foto MOHD ADZLAN, 28 FEBRUARI 2025.
Iskul Sama Dilaut Omadal merupakan sebuah sekolah yang memberikan pendidikan asas kepada kanak-kanak Bajau Laut yang berdedikasi ingin mengubah kehidupan dengan ilmu ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di kepulauan Semporna, Sabah. Foto MOHD ADZLAN, 28 FEBRUARI 2025.
Sejak kecil lagi, kanak-kanak bajau laut sangat mahir dan tidak takut menggunakan perahu di tengah laut kerana itu merupakan salah satu permainannya ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di kepulauan Semporna, Sabah. Foto MOHD ADZLAN, 28 FEBRUARI 2025.
Tidak mempunyai perhiasan yang mahal, seorang kanak-kanak bajau laut memakai rantai yang diperbuat dari duit syiling 50sen sebagai aksesori fesyen ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di kepulauan Semporna, Sabah. Foto MOHD ADZLAN, 28 FEBRUARI 2025.
Tidak seperti kanak-kanak moden yang sering menggunakan gajet sebagai alat permaianan, anak bajau lebih dekat dengan aktiviti luar seperti di laut ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di kepulauan Semporna, Sabah. Foto MOHD ADZLAN, 28 FEBRUARI 2025.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here