Suasana di Jalan al-Jalaa, Bandar Gaza, November 14, 2024. Foto AFP

BAITULMAQDIS – Tentera Israel mengaku untuk kali pertama bahawa tentera udaranya mlaksanakan Arahan Hannibal pada 7 Oktober 2023, lapor akhbar Jerusalem Post.

Prosedur kontroversi itu, termasuk pembunuhan sama ada tahanan dan penculik, dilaporkan dikeluarkan kira-kira pada jam 10.30 pagi, ketika serangan berlaku di sempadan Israel-Gaza.

Arahan Hannibal merupakan protokol tentera kontroversi yang membenarkan penggunaan peralatan ketenteraan, termasuk ke atas orang awam Israel, dalam usaha mengelak tentera Israel ditahan musuhnya.

Ketika para pegawai enggan mengakui perkara itu, pelaksanaannya telah didokumentasikan dalam operasi ketenteraan sebelum ini, khususnya dalam operasi ketenteraan ke atas Gaza dan Lubnan.

Menurut akhbar itu, pada 7 Oktober tentera udara Israel ‘menembak apa saya yang bergerak’ di sepanjang sempadan.

Tentera Israel melaksanakan 945 serangan udara dan menembak 11,000 kali daripada helikopter, menyebabkan jumlah kematian yang besar, kata laporan itu.

Menurt laporan tersebut, tentera Israel akan mendedahkan penemuan siasatan dalaman antara 25 Februari hingga 4 Mac ini, sebelum pelantikan ketua tentera baharu, Major Jeneral Eyal Zamir pada 5 Mac ini.

Siasatan tersebut akan mengkaji kegagalan tentera, rangkaian pemerintah dan keputusan yang menjurus kepada operasi berskala besar di Palestin. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here