KUALA LUMPUR- Pempengaruh media sosial Abd Ridzuan Abdul Mutalib yang lebih dikenali sebagai Ridzokumura memaklumkan isterinya, Akiko Okumura sudah meninggal dunia, pagi tadi.
Beliau yang juga seorang usahwan itu bagaimanapun tidak menyatakan punca kematian isteri yang dinikahi sejak Februari 2009.
”Al-Fatihah buat arwah isteri saya Akiko Okumura telah meninggalkan saya dan anak buat selamanya. Al-Fatihah,” katanya di platform media sosial.
Ridzuan, isterinya dan anak mereka Sky Taizo Okumura dikenali di media sosial kerana arwah Akiko yang berasal dari Jepun kerap mempamerkan makanan yang dimasak dan dihias dengan comel sebagai hidangan keluarga.
Dalam pada itu, pelakon Zarina Zainuddin yang juga anak saudara kepada Ridzuan turut berkongsi berita sedih itu.
“Innalillahiwainnailaihirajuin.. Akiko Okumura, isteri pakcik saya @ridzokumura telah meninggal dunia.. semoga Allah tempatkan arwah dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Amin,” tulisnya di Instagram.
Menurut komen-komen di instagram Zarina, arwah Akiko meninggal dunia akibat penyakit dalam perut. -MalaysiaGazette