Foto: Platform X

TEL AVIV – Seorang pegawai kanan pentadbiran Donald Trump dilaporkan menghantar mesej kepada tentera Israel pada petang pengebumian pemimpin Hizbullah, Sayyed Hassan Nasrallah dan Sayyed Hashem Safieddine dengan menyatakan Washington tidak hanya memberi lampu hijau menyasarkan pegawai tertinggi kumpulan itu semasa pengebumian tersebut tetapi ia juga mengalu-alukannya, menurut laporan media Israel.

Laporan yang disiarkan Channel 14, tidak menjelaskan sama ada mesej tersebut dihantar secara terus bagi pihak Presiden Amerika Syarikat (AS).

Bagaimanapun, ia mencadangkan mesej berkenaan datang daripada pegawai kanan dan figura terkenal dalam pentadbiran Trump, memberi gambaran sokongan daripada Washington.

Bagaimanapun, para pegawai Israel memutuskan untuk tidak melakukannya serangan itu, dan memilih melaksanakan penerbangan pada ketinggian rendah semasa pengebumian pemimpin itu berlangsung dan di  kawasan Beirut Sports City.

Keputusan tersebut dilaporkan diambil berikutan kekhuatiran tercetus ketegangan di bahagian utara, khususnya pertembungan mungkin berlaku di selatan Lubnan.

Pengebumian kedua-dua pemimpin Hizbullah itu berlangsung di Stadium Sports City, Camille Chamoun, Beirut pada Ahad lalu yang mana berpuluh ribu orang menghadirinya.

Sebaik sahaja keranda memasukin stadium, mereka yang hadir melaungkan ‘Labbayka Ya Nasrallah’. ‘Kami kekal komited untuk berikrar, Nasrallah’ dan ‘Jauhkan kami daripada kehinaan’.

Kumpulan Hizbullah dan agensi keselamatan Lubnan mengambil langkah keselamatan yang ketat semasa pengebumian itu. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here