TEL AVIV – Siasatan Israel terhadap Operasi Banjir Al-Aqsa mendedahkan kegagalan kritikal peralatan pasukan tentera dan perisikan dengan kegagalan menjangka, kesilapan operasi dan kegagalan memerintah.
Laporan akhbar, Yedioth Ahronoth membuat kesimpulan bahawa risikan tentera Israel mengalami ‘kebongkakan dan kebutaan’ meneybabkan mereka gagal menjangka skala serangan.
Siasatan tersebut turut mendapati pada awalnya kumpulan Hamas merancang melancarkan serangan pada 2023 namun menundanya bagi meningkatkan persediaan.
Pada beberapa bulan sebelum serangan dilakukan, pemerintahan tentera Israel di selatan menilai senario terburuk yang mungkin berlaku melibatkan serangan kira-kira 70 pejuang bersenjata menerusi dua lokasi sepanjang sempadan Gaza.
Bagaimanapun, pada hakikatnya ia lebih besar iaitu 5,000 pejuang Palestin memasuki pertahanan Israel.
Kesilapan menganggar beserta arahan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu supaya tentera Israel memberi perhatian terhadap ancaman Iran, Hizbullah dan Tebing barat yang aman tiga bulan sebelum serangan dilakukan turut memberi kesan.
Ia menyebabkan focus beralih yang mana tentera Israel tidak bersedia terhadap serangan yang tidak diduga yang mana pejuang Palestin menyerang menerusi darat, udara dan laut.
Di darat seramai 5,500 pejuang Palestin memasuki wilayahnya yang dicerobohi Israel dalam tiga gelombang, memasuki 114 lokasi lintasan dan mara menerusi 59 laluan serangan menuju ke selatan dan tengah penempatan Israel.
Selain itu, sebanyak tujuh buah bot membawa kira-kira 50 pejuang Palestin cuba menembusi pertahanan pantai Israel.
Di udara, Hamas mengerahkan 63 pesawat, termasuk 57 buah dron dan enam paraglider yang melepasi tentera Udara Israel.
Salah satu aspek mengejut serangan ialah Hamas menggunakan paraglider untuk membawa para pejuang ke wilayah Palestin yang dicerobohi, yang mana perisik Israel terlepas pandang.
Walaupun siasatan dalaman tentera berterusan, agensi keselamatan domestik Israel, Shin Bet, masih tidak mendedahkan dapatan siasatannya mengenai kegagalan risikan.
Laporan menyatakan terdapat kerjasama minimal antara Shin Bet dengan siasatan tentera Israel yang mana ia meningkatkan kekhuatiran mengenai kebertanggungjawaban dan ketepatan siasatan selain perincian yang mungkin hilang berikutan Shin Bet mempunyai maklumat kritikal.
Operasi pejuang Palestin memberi kesan teruk kepada tentera Israel, apabila Divisyen Gazanya tewas dalam tempoh dua jam.
Kebanyakan komandan peringkat pertengahan termasuk batalion dan pemimpin unit tentera terbunuh pada serangan peringkat awal.
Komandan tiga briged terbunuh, termasuk 157 anggota tentera maut dalam tempoh tiga jam pertama.
Akhbar Walla! melaporkan kumpulan Hamas menyasarkan pengkalan tentera udara Israel dengan melancarkan roket menyebabkan pelepasan pesawat terganggu diikuti kekeliruan untuk tentera bertindak balas.
Dalam siastan berasing yang dilakukan Maariv menyifatkan prestasi tentera penceroboh pada 7 Oktober sebagai ‘satu sejarah dan kegagalan tidak diduga’.
Seorang pegawai tentera kanan Israel mengaku ‘siasatan pada insiden 7 Oktober tidak menyediakan penjelasan yang memuaskan’.
Dalam lapran tersebut, Maariv mengulas bahawa Divisyen Gaza Israel tewas berperang kepada Hamas dalam tempoh dua jam. – MalaysiaGazette