Fasha Sandha bersama suaminya iaitu juga seorang pelakon, Aidil Aziz bersama anak-anak selepas menunaikan solat tarawih di Bali, Indonesia. Foto: IG Fasha Sandha

KUALA LUMPUR – Pelakon terkenal, Fasha Sanda,40, bersama keluarga memulakan ibadah puasa sehari lebih awal berbanding umat Islam di Malaysia kerana sedang berada di Indonesia.

Fasha, atau pemilik nama sebenar Nur Fasha Sandha Hassan itu dalam sebuah hantaran di laman Instagram telah berkongsi foto beliau bersama suaminya, Aidil Aziz, 37,yang juga seorang pelakon dan anak-anak mereka selepas menunaikan solat tarawih di Masjid Ar-Rahmat Kuta, Bali, Indonesia, semalam.

“Selesai terawih pertama kami.

“Kami berpuasa lebih awal dari masyarakat Islam di Malaysia kerana sedang berada di Indonesia,” katanya.

Beliau turut menitipkan ucapan selamat menyambut Ramadhan.

“Maaf zahir dan batin semua. Salam Ramadhan,” ujarnya.

Perkongsiannya itu telah menarik perhatian netizen yang kebanyakkannya memuji usaha Fasha untuk kekal istiqamah sejak 31 Disember tahun lalu.

“Masha Allah, manisnya wajah Fasha bila bertudung,” tulis seorang peminat.

“Cantiknya Fasha Sanda setelah mengenakan hijab,” komen seorang lagi warga net. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here