Umat Islam menunaikan solat sunat tarawih pertama pada bulan Ramadan. Umat Islam di Malaysia akan menjalani ibadah puasa bermula esok ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Masjid Kampung Baru di Kuala Lumpur. Foto HARI ANGGARA, 01 MAC 2025.

KUALA LUMPUR- Masjid dan surah di bawah pentadbiran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) diminta untuk memberi kemudahan terbaik menyantuni para jemaah.

Perkara itu dinyatakan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd. Na’im Mokhtar menerusi satu hantaran di Facebooknya, hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan, agensi-agensi di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan menganjurkan Program Ihya’ Ramadan Peringkat Kebangsaan sepanjang bulan yang mulia ini.

“Ramadan Kareem. Selamat Menyambut Bulan Ramadan dengan amalan dan penghayatan.

“Semoga Allah memberikan kekuatan kepada umat Islam untuk menunaikan ibadat sepanjang bulan Ramadan ini,” katanya.

Sementara itu, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyeru seluruh umat Islam  menjauhkan diri daripada segala bentuk fitnah dan penyebaran berita palsu sempena Ramadan.

Mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa kepada seluruh umat Islam, beliau berharap agar Ramadan kali ini ditempuhi dengan penuh barakah dan kedamaian.

“Semoga Allah SWT mengurniakan kekuatan dan kesabaran kepada umat Islam agar segala ibadah dapat dilaksanakan dengan sempurna dan diterima-Nya.

“Sama-samalah kita perbaiki amal ibadah dan jauhkan diri daripada segala bentuk fitnah dan penyebaran berita palsu,” katanya dalam hantaran media sosial.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here