KUALA LUMPUR – Waktu operasi kaunter perkhidmatan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sepanjang bulan Ramadan mulai 2 Mac hingga 30 Mac 2025 bermula pada jam 8 pagi hingga 4 petang kecuali negeri Kedah, Kelantan, Sabah dan Sarawak.
Menurutnya, operasi kaunter negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu adalah dari jam 8 pagi hingga 4 petang dari hari Ahad hingga Rabu.
Manakala Khamis 8 pagi hingga 3 petang.
Sabah dan Sarawak pula bermula 7.30 pagi hingga 3.30 petang.
Sementara itu, operasi di pusat transformasi bandar di seluruh negara bermula 8 pagi hingga 4.30 petang dari Isnin hingga Jumaat pada 2 Mac hingga 29 Mac 2025.
Operasi kaunter pada 30 Mac 2025 ipendekkan hingga 1 petang.
Wakru rehat Jumaat bagi Semenanjung pada 12.45 tengah hari hingga 2.45 petang dan Sarawak 11.45 pagi hingga 2.15 petang.
Bagi Sabah dan Labuan pula 11.30 pagi hingga 2 petang.
Operasi di Contact Centre pula pada jam 8 pagi hingga 4 petang dari Isnin hingga Jumaat.
Pusat pengurusan terimaan LHDN bagi perkhidmatan tunai dan kad kredit/debit di Kuala Lumpur bermula 8 pagi hingga 3 petang dan selain tunai dan kad kredit/ debit hingga 3.30 petang.
Operasi sama di Kuching, Sarawak untuk perkhidmatan tunai sahaja pada jam 8 pagi hingga 3 petang. – MalaysiaGazette