Gambar hiasan

PHNOM PENH – Pekerja Kemboja di luar negara menghantar pulang kira-kira AS$2.95 bilion pada 2024, meningkat sedikit daripada AS$2.94 bilion pada tahun sebelumnya, kata laporan Kementerian Buruh dan Latihan Vokasional.

Sejumlah 1.38 juta rakyat Kemboja bekerja di luar negara setakat tahun lepas, meningkat daripada kira-kira 1.35 juta pada tahun sebelumnya, kata laporan itu.

“Pada 2024, kementerian telah menemui peluang pekerjaan di luar negara untuk 44,862 pekerja Kemboja termasuk 17,270 wanita,” kata Menteri Buruh dan Latihan Vokasional, Heng Sour.

Pada masa sama, 18,561 buruh Kemboja luar negara termasuk 6,934 wanita telah kembali semula ke tanah air.

Menurut laporan itu, lebih 1.2 juta buruh migran Kemboja bekerja di Thailand, manakala selebihnya di Korea Selatan, Jepun, Malaysia, Singapura, Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong China dan Arab Saudi.

Pekerja Kemboja di Thailand dan Malaysia dianggarkan memperoleh purata gaji bulanan sekitar AS$400 manakala mereka yang di Korea Selatan dan Jepun memperoleh kira-kira AS$1,500. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here