Thavamalar

KUALA LUMPUR – Seorang remaja perempuan berbangsa India telah dilaporkan hilang daripada rumah perlindungan di Petaling Jaya sejak 28 Februari lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’far berkata, pada tarikh yang sama, mangsa dilihat kali terakhir di Jalan 12/6, Seksyen 12 di sini pukul 7.05 malam.

Berdasarkan rekod, nama mangsa Thavamalar berusia 17 tahun, ketinggian 159 sentimeter, seberat 52 kilogram, kulit berwarna coklat.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan mangsa boleh berhubung dengan Ibupejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-7966222. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here