Gambar hiasan

GEORGE TOWN – Tujuh sekeluarga nyaris maut selepas kereta Toyota Innova dinaiki mereka terbabas ke bahu jalan dan melanggar tiang elektrik dalam kemalangan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di Batu Uban di sini hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang Mohd Shoki Hamzah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan itu pada 1.56 pagi dan jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak terus ke lokasi kejadian.

“Terdapat tiga mangsa dewasa berusia 20 hingga 40-an tersepit manakala empat kanak-kanak mengalami cedera ringan di beberapa bahagian badan.

“Kerja-kerja mengeluarkan dua lelaki dan seorang wanita yang tersepit menggunakan peralatan khas dan kesemua mangsa berjaya dikeluarkan pada 2.54 pagi sebelum dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, mangsa yang tersepit mengalami kecederaan antaranya patah tangan kanan dan cedera di kepala serta perut. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here