Gambar hiasan

SEREMBAN – Tiga lelaki disyaki terlibat dalam rompakan bersenjata di sebuah pasar raya di Bandar Baru Nilai, dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Nilai Supt Abdul Malik Hasim berkata dua suspek  masuk ke dalam premis, manakala seorang lagi menunggu di dalam kereta.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan daripada seorang wanita memaklumkan terdapat kejadian rompakan berkumpulan syaki menggunakan senjata api di dalam sebuah pasar raya tersebut.

“Siasatan awal mendapati kejadian rompak berlaku kira-kira 8.36 malam tadi. Seorang suspek disyaki menggunakan senjata api semasa kejadian.

“Siasatan juga mendapati tiada kecederaan dan jumlah kerugian masih dalam penilaian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata orang ramai mempunyai maklumat boleh menghubungi Bilik Gerakan IPD Nilai ditalian 06-7904222.

Beberapa rakaman video kejadian itu kini tular di media sosial, menunjukkan dua lelaki bertopeng merompak sebuah kedai emas di dalam pasar raya. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here