Keadaan kawasan kejadian dua individu terbunuh selepas dirempuh sebuah kereta di Mannheim, Jerman. foto media sosial

BERLIN – Dua individu, seorang wanita berusia 83 tahun dan seorang lelaki berusia 54 tahun terbunuh selepas dirempuh kereta di laluan pejalan kaki di bandar Mannheim, barat Jerman.

Manakala 10 orang cedera termasuk lima parah dalam kejadian itu.

Pihak berkuasa menahan seorang suspek tunggal, lelaki Jerman berusia 40 tahun, yang dipercayai mengalami penyakit mental.

Suspek, seorang tukang kebun landskap masih berada di hospital dalam keadaan stabil selepas menembak dirinya sendiri dengan pistol.

Insiden itu berlaku sekitar 12.15 waktu tempatan (11:15 GMT), kata polis Mannheim.

Rakaman CCTV menunjukkan sebuah kereta Ford hatchback hitam meluncur laju di sepanjang jalan beli-belah Planken di Mannheim.

Kereta suspek mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapannya.

Menteri Dalam Negeri Baden-Württemberg, Thomas Strobl berkata, lelaki itu menggunakan kenderaan itu “sebagai senjata”.

“Perbuatan ini adalah salah satu daripada beberapa jenayah pada masa lalu yang menggunakan kereta sebagai senjata,” katanya.

Polis sedang menyiasat dua pertuduhan membunuh dan beberapa percubaan membunuh, kata ketua pendakwa raya Mannheim Romeo Schluessler kepada media.

Insiden itu berlaku semasa polis sedang mempertingkatkan tahap keselamatan ketika perayaan Easter diadakan di seluruh Jerman.

Terdapat perarakan melalui pusat bandar Mannheim pada hari Ahad, dengan acara utama dijadualkan pada hari Selasa.

Sebuah pasar kini telah ditutup dan karnival jalanan di pusat bandar tidak akan diadakan.

Acara karnival di pinggir bandar berdekatan Feudenheim, Neckarau dan Sandhofen juga telah dibatalkan. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here