Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Razam Taja Rahim (dua dari kiri) meninjau kerja-kerja pemadaman kebakaran ladang kelapa di Kampung Bukit Palas, Gebeng hari ini

KUANTAN – Kebakaran ladang kelapa di kawasan berkeluasan 52.6 hektar di Kampung Bukit Bukit Palas, Gebeng di sini dijangka akan pulih sepenuhnya dalam tempoh seminggu.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Razam Taja Rahim, pihaknya telah selesai memadamkan kebakaran yang bermula sejak 22 Februari itu di kawasan seluas 37.2 hektar.

“Sebenarnya, hari Jumaat lepas keadaan kebakaran telah dapat dikawal dan hampir padam.

“Tapi, bermula pada hari Sabtu dan Ahad, disebabkan faktor angin yang kuat dan cuaca memang tiada hujan, menyebabkan kebakaran telah merebak dan menyebabkan sedikit gangguan kepada masyarakat daerah Kuantan sehingga berlaku jerebu di sekitar bandar.

“Kita akan ambil tindakan secepat mungkin dan dengan bantuan daripada pelbagai pihak, kita akan cuba selesaikan dalam minggu ini juga,” katanya ketika ditemui selepas meninjau kerja-kerja pemadaman oleh anggotanya di ladang kelapa itu, di sini, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Razam Taja Rahim

Mengulas lanjut, Mohd Razam berkata, seramai 70 orang anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gebeng serta 10 balai-balai di bawah Zon 1 ditugaskan untuk menjalankan kerja-kerja pemadaman sejak hari pertama kebakaran berlaku.

“Kita kumpulkan setiap anggota daripada balai-balai ini sebab kita pun perlu bersedia di Pekan, kerana ada kejadian kebakaran juga. Semalam pun banyak kes kemalangan.

“Sekiranya ada keperluan, kita akan tambah keanggotaan lagi di mana kita akan minta bantuan daripada negeri-negeri berhampiran untuk tingkatkan lagi keupayaan kerja pemadaman kita,” tambahnya lagi.

Justeru, Mohd Razam menasihati masyarakat agar tidak melakukan pembakaran terbuka dan tidak melakukan aktiviti yang boleh menyebabkan kebakaran di kawasan-kawasan yang berisiko terbakar. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

Kualiti udara di Balok, Kuantan pada tahap sangat tidak sihat

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here