Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

KUALA LUMPUR- Keterangan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang dijadualkan esok ditangguhkan kepada 7 Mac ini.

Menurut sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), keterangan akan dibuat pukul 10 pagi di Ibupejabat SPRM Putrajaya.

Penangguhan dibuat kerana tahap kesihatan Ismail Sabri masih rendah dan beliau masih dalam cuti sakit.

Sebelum itu, Ahli Parlimen Bera itu dilaporkan akan hadir ke Ibu Pejabat SPRM esok bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dirinya.

Semalam, bekas pemimpin itu merupakan suspek bagi siasatan kes rasuah serta pengubahan wang haram susulan penemuan wang tunai kira-kira RM170 juta di dalam sebuah safehouse susulan serbuan dilakukan pihaknya.

Fokus siasatan tertumpu kepada perbelanjaan dan perolehan dana bagi tujuan promosi serta publisiti semasa beliau menerajui negara.

Setakat ini, SPRM telah merakam percakapan 31 individu serta membekukan 13 akaun bank bernilai kira-kira RM2 juta dengan kesemua akaun adalah sah dan aktif.

SPRM sebelum ini telah menyita wang tunai kira-kira RM170 juta dalam pelbagai mata wang antarabangsa antaranya Baht, Riyal, Pound Sterling, Won, Euro, Swiss Franc dan Yuan, serta 16 kilogram jongkong emas tulen yang dianggarkan bernilai hampir RM7 juta. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

SPRM panggil Ismail Sabri esok

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here